Panah Makrifat

Amalan ini adalah salah satu dari Fazilat yang terkandung dalam Bismillah Enam, yang di panggil Panah Makrifat iaitu berfungsi menundukkan sesaorang.

Di lakukan amalan berikut sebelum memulakan perjalanan bertemu sesaorang:

  • Semasa masih berada di rumah, hazirkan wajah orang yang akan kita jumpai dihadapan kita.
  • Baca Bismillah Enam hembuskan kepada wajah yang kita hazirkan tadi.
  • Kemudian barulah melangkah untuk bertemu dengan orang tersebut.
Bismillah Enam

Bismillah Enam

Advertisements

Fazilat Bulan Ramadhan

Fazilat Bulan Ramadhan

Daripada Abu Hurairah r.a Rasullah s.a.w telah bersabda "Umatku telah diberikan dalam bulan Ramadhan lm aperkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka:

  1. Bau busuk dari mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
  2. Ikan-ikan dilaut akan beristigfar kepada mereka sehingga mereka berbuka.
  3. Setiap hari Allah aan menghiaskan syurgaNya dan berkata "Telah hampir masanya hamba-hamba ku yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu.
  4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat didalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa diperbuat oleh mereka pada bulan yang lain.
  5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir bulan Ramadhan.

Ditanyakan kepada Rasullah s.a.w. "Adalak ia Lailatul Qadr?"

Baginda menjawab "Tidak! Namun seorang pekerja akan diberikan ganjaranya apabila dia telah menyelesaikan kerjanya."

PENGUMUMAN

Terdapat sedikit masaalah di web ini untuk memaparkan beberapa laman. Misalnya laman Bismillah Enam tidak dapat di capai.

Masaalah ini insyaAllah akan di atasi kemudian. Sementara itu, anda boleh lawati LAMAN berikut yang juga isi mengandungi bahan yang hampir serupa:

http://kitab.junjungan.net

PUASA – syarat syarat batiniah

Puasa itu terdiri dari tiga peringkat:

  • Puasa umum
  • Puasa khusus
  • Puasa khusus dari khusus

Puasa umum iaitu mencegah perut dan kemaluan daripada memenuhi keinginnannya.

Adapun puasa khusus adalah puasa orang salih, dengan mencegah pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan anggota-anggota tubuh lainnya dari dosa. Kesempurnaannya adalah dengan enam perkara:

PERTAMA. Memicingkan mata dan mencegah dari memandang kepada yang dicela dan makruh dan kepada yang membimbangkan dan melalaikan hati dari mengingati Allah. Pandangan adalah merupakan panah yang beracun dari panah-panah Iblis yang di kutuk Allah. Barangsiapa yang meninggalkan pandangan kerana takutkan Allah nescaya dicampakkan oleh Allah keimanan dan kemanisan didalam hatinya. Lima perkara yang membatalkan puasa orang yang berpuasa adalah berdusta, mengumpat, mengadu domba, bersumpah palsu dan memandang dengan nafsu.

KEDUA. Menjaga lidah dari perkataan sia-sia, mengumpat, mengadu domba, berkata keji, kata permusuhan, kata-kata yang mengandungi riak. Lebih baik mendiamkan diri dan memenuhi waktu dengan berzikir dan membaca quran. Mengumpat dan berbohong adalah merosakkan puasa. Puasa adalah benteng, sesaorang yang berpuasa janganlah berkata keji dan perkataan jahil.

KETIGA. Mencegah pendengaran dari mendengar tiap-tiap yang makhruh. Setiap yang haram diucapkan maka haram juga lah mendengarnya. Maka berdiam diri sambil mendengar umpatan adalah haram.

KEEMPAT. Mencegah anggota tubuh yang lain dari segala dosa, tangan dan kaki dari segala yang makruh serta mencegah perut dari segala harta syubhat sewaktu berbuka. Tidak bererti puasa itu jika berbuka dengan bahan yang haram.

KELIMA. Tidak membanyakkan makanan yang halal waktu berbuka. Karung yang dibenci oleh Allah adalah perut yang penuh dengan makanan yang halal. Masakan dapat memperolehi faedah berpuasa untuk mengalahka nafsu, apabila semasa berbuka makan dengan banyak, dengan berbagai-bagai jenis makanan. Maksud dari berpuasa itu adalah mengosongkan perut untuk menghancurkan hawa nafsu, untuk menguatkan jiwa kepada bertakwa.

Malam Lailatul Qadar adalah malam yang terbuka padanya sesuatu dari alam malakut. Barang siapa yang menjadikan diantara hatinya dan dadanya tempat menampung makanan, maka terhijablah daripadanya. Barang siapa yang mengosongkan perutnya pun belum cukup unutk mengangkat hijab, sebelum cita-citanya kosong dari selain dari Allah.

KEENAM. Apabila sesudah berbuka, hatinya bergoncang antara takut dan harap kerana tidak diketahui sama ada puasanya diterima atau tidak. Sekira puasanya diterima, dia adalah sebahagian dari orang-orang muqarrabin, sekiranya tertolak maka ia adalah sebahagian orang-orang mamqutin.

Ada pun yang khusus dari khusus itu adalah puasa hati dari segala cita-cita yang hina dan segala fikiran duniawi yang mencegah selain dari Allah Azza wa jalla. Di kira batal lah puasa ini dengan berfikir selain dari Allah dan hari akhirat, dan berfikir tentang hal dunia, kecuali dunia yang dimaksudkan untuk agama.

Sesaoang yang berpuasa khusus dari khusus ini sekiranya berfikir pada siangnya apakah bahan yang akan di makan ketika berbuka nanti, nescaya itu dikira satu kesalahan padanya, kerana kurang percaya kepada rezeki yang Allah janjikan.

Inilah tingkat nabi-nabi, orang-orang sidik dan orang-orang muqarrabin, yang sentiasa menghadap hati kepada Allah Azza wa jalla.

Fazilat Kalimah Toyyibah

Hazrat ABu Hurairah r.h meriwayatkan bahawa Rasullah s.a.w. bersabda, “Sentiasalah memperbaharui iman kamu”. Para sahabat bertanya, “Bagaiman kami memperbaharui iman kami, wahai Rasullah?”. Baginda s.a.w. bersabda, “Perbanyakkan ucapan LAILAHAILLAH [Hadith riwayat imam Ahmad]

Dalam satu riwayat, baginda Rasullah s.a.w bersabda, “Iman akan lusuh seperti mana pakain menjadi lusuh. Oleh itu hendaklah kamu sentiasa memohon kepada Allah supaya Allah memperbaharui iman kamu. Maksud iman menjagi lusuh ialah dengan kemaksiatan yang dilakukan makan kekuatan iman dan nur iman akan pudar.

Oleh itu, keterangan dalam sebuah hadith bahawa apabila sesaorang hamba melakukan kemaksiatan maka lahirlah dihatinya satu tanda hitam. Sekiranya dia bertaubat dengan sebenar-benar taubat maka tanda hitam itu akan lenyap, jika tidak tanda itu akan terus kekal. Apabila dia melakukan lagi dosa yang kedua maka lahirlah tanda yang kedua dan demikianlah seterusnya sehingga hati menjadi hitam dan berkarat. Kemudian keadaan hati itu akan berubah sama sekali sehingga perkataan yang benar tidak lagi akan memberi kesan kepada hatinya.

Diterangkan dalam sebuah hadith bahawa empat perkara yang akan merosakkan hati manusia;

  • Berbahas dengan orang jahil
  • Melakukan banyak dosa
  • Banyak bergaul dengan wanita yang bukan muhram
  • Sering duduk bersama dengan orang yang mati. Baginda ditanya “Siapakah yang dimaksudkan dengan orang yang mati?” Jawab Baginda s.a.w “Setiap orang yang kaya menjadi sombong dengan hartanya.”

Amal Bergantung Kepada Niat

Abul Laith Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Zaid bin Maisarah berkata: Allah terlah berfirman: Aku tidak menerima perkataan sesaorang hakim, tetapi aku melihat tujuan dan niatnya kepada Ku, maka aku jadikan diamnya untuk berfikir dan bicaranya sebagai zikir meski pun ia tidak berkata-kata.

Aun bin Abdullah berkata: Dahulu orang-orang soleh menulis surat kepada sahabatnya tiga kalimat;

  • Siapa yang beramal untuk akhirat, maka Allah mencukupi segala urusan dunianya.
  • Dan siapa yang memperbaikki niatnya, maka Allah akan memperbaikki zahirnya.
  • Dan sesiapa yang memperbaikki hubungannya dengan Allah, maka allah akan memperbaikki hubungannya dengan sesama manusia.

Nabi s.a.w bersabda: “Niat sesaorang mukmin lebih baik dari amal perbuatannya”

Oleh sebab itu, niat itu mendapat pahala tanpa amal, sedangkan amal tanpa niat tidak ada pahalanya.

Nabi s.a.w bersabda: ” Seorang hamba dihadapkan pada hari khiamat membawa hasanah sebesar bukit, lalu ada seruan; Siapa yang pernah di iniaya oleh Fulan boleh datang untuk dibayar. Maka datanglah beberapa orang lalu mengambil bahagiannya sehingga tiada tinggal satu pun dari hasanah yang banyak itu, sehingga hamba itu menjadi bingung, lalu tuhan berkata kepadanya: Untuk mu ada simpanan pada Ku yang tidak Aku perlihatkan kepada malaikat atau seorang pun dari makhluk Ku, lalu ia bertanya: Apakah itu. Jawab tuhan: Ia itu NIAT mu, yang kau selalu niat akan berbuat kebaikkan, Aku tulis untuk mu berlipat ganda, tujuh puluh lipat ganda.”
Seorang ‘abid Bani Israel, ketika berjalan melihat anak bukit, lalu ia ingin, andaikan bukit itu menjadi tepung, maka akan diberinya makan kepada Bani Israel yang sedang menderita kelaparan. Maka Allah menurunkan wahyu kepada Nabi ketika itu: Katakanlah kepada ‘abid itu bahawa Allah berfirman; Telah Aku tetapkan bagimu pahala sekiranya bukit itu menjadi tepung dah kamu sedekahkanya.

Juga ada riwayat:

Akan dihadapkan pada hari kiamat seorang hamba, lalu ia meihat dalam suratan amalnya ada haji, umrah, jihad, zakat dan sedekah, maka ia berkata dalam hatinya; dari mana semua itu padahal aku tidak berbuat semua itu, mungkin ini bukan suratan amalku. Maka Allah berfirman; Bacalah itu suratan mu, semasa hidupmu dulu sering berkata, andainya aku mempunya harta nescaya aku jihad. Aku mengetahui akan niatmu itu, maka Aku beri pada mu pahala semua itu.

Abu Hurairah r.a. berkata; Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa mu, dahn tidak melihat harta mu, dan tidak melihat keadaan mu, tetapi melihat amal dan hati mu.

Kalimah Toyyibah – berat dalam timbangan

H17B2-Zikir

Di riwayatkan daripada Hazrat Laith r.a. katanya Hazrat Isa bin Maryam a.s. bersabda,”Umat Mohammad s.a.w adalah manusia yang paling berat (amalannya) dalam timbangan (pada hari khiamat, kerana) lidah-lidah mereka telah biasa dengan satu kalimah yang berat pada lidah orang-orang sebelum mereka, iaitu kalimah La ila ha illallah.

Suatu perkara yang jelas adalah bahawa sebagaimana kalimah Toyyibah disebut begitu banyak sekali dan dibaca dengan kuat oleh umat Mohammad s.a.w. sebenarnya tidak pernah disebutkan sedemikina rupa oleh mana-mana umat sebelum ini. Bilangan ulama tasawuf bukan ribuan malahan jutaan dan setiap ulama mempunyai ratusan murid, mewiridkan kalimah Toyyibah beribu-ribu kali setiap hari adalah termasuk dalam amalan kebanyakkan daripada mereka.

Ditulis dalam kitab Jami’-ul-Usul bahawa zikir lafaz Allah dijadikan sebagai wirid sekurang-kurangnya lima ribu kali sehari. Sementara itu tidak ada hadith dalam bilangan yang lebih dari itu. Sedangkan ulama tasawuf mewiridkan lafaz “Allah” sekurang kurangnya sebanyak 25,000 kali pada setiap hari.

Ditulis mengenai bilangan “Lailahaillah” pula, diwiridkan sekurang kurangnya sebanyak 5,000 setiap hari. Bilangan seperti yang disebutkan ini boleh ditambah dan dikurangkan mengikut anjuran ulama tasawuf.

Syeikh Abu Yazid Qurtubi r.a. berkata, “Saya dengar bahawa sesiapa yang membaca “Lailahaillah” tujuh puluh ribu kali maka dia akan terselamat daripada api neraka. Setelah mendengar perkara tersebut maka saya telah membaca satu himpunan bacaan yakni 70,000 kali untuk isteri saya dan himpunan bacaan unutk simpanan akhirat saya sendiri.

Seorang anak muda tinggal berhampiran kami. Dia masyhur sebagai seorang yang mempunyai kasyaf. Dikatakan syurga dan neraka juga dapat dilihatnya melalui kasyaf. Saya ragu-ragu berkenaan kebenaran berita tersebut. Satu ketika pemuda itu bersama kami dalam majlis. Dengan tak semena-mena pemuda tesebut menjerit dan nafasnya tersekat-sekat serta berkata, “Ibuku sedang dibakar didalam neraka, aku dapat melihat keadaaannya”, kata Qurtubi rah.a. “Saya melihat keadaanya yang sangat gelisah. Saya terfikir bahawa satu himpunan bacaan “Lailahaillah” perlu dihadiahkan kepada ibunya. Dengan ini saya dapat mengetahui kebenaran perkara diatas. Maka saya telah menghadiahkan untuk ibunya satu himpunan iaitu 70,000 zikit “lailahaillah” daripada simpanan saya secara diam-diam. Zikir yang saya baca itu sebenarnya tidak diketahui oleh sesiapa pun selain dapripada Allah. Lalu pemuda itu berkata, “Pak Cik, ibu ku telah dihindarkan daripada azab neraka”. Kata Qurtubu rah.a lagi, “Saya telah memperolehi dua faedah daripada peristiwa ini, pertama, terbukti bagi saya keberkatan daripada bacaan 70,000 Lailahaillah sebagaimana yang saya dengar dan kedua, saya meyakini kebenaran pemuda itu”.

Peristiwa ini hanya merupakan satu kisah, kita tidak tahu berapa banyak lagi kisah seumpama ini berlaku dikalangan individu dalam umat ini.

Saat Kematian

jenazah.jpg

Abu Lais meriwayakan dengan sanadnya dari Albaraa’ bin Aazib r.a. berkata: Kami bersama Nabi s.a.w. keluar menghantar jenazah seorang sahabat ansar, maka ketika sampai kekubur dan belum dimasukkan kedalam lahad, Nabi s.a.w. duduk dan kami turut duduk, diam menundukkan kepala bagaikan ada burung diatas kepala kami, sedangkan Nabi.s.a.w mengorek-ngorek dengan dahan yang ditangannya, kemudian baginda mengangkat kepala dan bersadba: “Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksa kubur, 2 atau 3 kali diulang.” Lalu bersabda lagi…

“Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggalkan dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun kepadanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk didepannya sejauh pandangan mata mengelinginya, kemudian datang malaikat maut dan duduk dekat kepalanya dan memanggil: Wahai ruh yang tenang baik, keluarlah menuju keampunan Allah dan ridhoNya”

Nabi s.a.w. bersabda lagi: “Maka keluar rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi, maka langsung diterima, dan langsung dimasukkan kedalam kafan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum diatas bumi, lalu dibawa naik. Maka tidak memalui rombongan malaikat melainkan ditanya: Roh siapakah yang harum ini? Dijawab ruh Fulan bin Fulan, sehingga sampai kelangit, dan disana dibukakan pintu langit, dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap langit dihantar oleh malaikat muqorrbun dibawa naik kelangit yang atas hingga sampai kelangit ketujuh.

Maka Allah berfirman: Catatlah suratannya di ILLIYIN. Kemudian dikembalikan ke bumi, sebab daripadanya Kami jadikan, dan di dalamnya Aku kembalikan dan daripadanya pula akan Aku keluarkan pada saatnya.

Maka kembalilah ruh ke jasad didalam kubur, kemudian datang kepadanya dua malaikat untuk menanya: Siapa tuhan kamu? Maka dijawabnya: Allah tuhan ku. Lalu ditanya: Apa agamamu: Dijawab: Islam agama ku. Ditanya: Bagaimana pendapat mu tentang orang yang diutuskan dikalangan kamu? Dijawab: Ia utusan Allah. Ditanya: Bagaimana kamu mengetahui itu? Dijawab: Aku membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya.

Lalu terdengar suara: Benar hambaku, maka berikan kepadanya hamparan dari Syurga serta pakain Syurga dan bukakan untuknya pintu menuju ke Syurga, supaya ia mendapat bau dan hawa syurga. Lalu diluaskan kubur sepanjang pandangan mata kemudian datang kepadanya seorang yang bagus wajahnya dan harum baunya seraya berkata: Terimalah khabar gembira, ini saat yang telah dijanjikan Allah kepadamu. Lalu ia berkata: Siapakah kamu? Jawabnya: Aku, amalmu yang baik. Lalu ia berkata: Ya tuhan segerakan lah hari Khiamat supaya segara aku bertem dengan keluarga ku dan kawan-kawan ku.”

Nabi s.a.w bersabda lagi: Adapun hamba yang kafir jika akan meninggalkan dunia dan menghadapi akhirat, maka turun kepadanya malaikat dari langit yang hitam mukanya dengan berpakaian hitam. Lalu duduk dimukanya sepanjang pandangan mata. Kemudian datang malaikat maut dan duduk disamping kepalanya, lalu berkata: Hai ruh yang jahat, keluarlah menuju murka Allah. Maka tersebar disemua anggota badannya, maka terputus semua urat dan ototnya, lalu diterimanya dan dimasukkan kedalam kain hitam dan dibawa dengan bau yang sangat busuk bagaikan bangkai dan dibawa naik. Maka tidak melalui malaikat melainkan ditanya: Ruh siapakah yang jahat dan busuk itu? Dijawab: Ruh Fulan bin Fulan dengan sebutan yang sangat jijik sehingga sampai kelangit dunia maka diminta buka, tetapi tidak dibuka untuknya.

Kemudian Nabi s.a.w membaca ayat: (maksudnya..) Tidak dibukakan kepada mereka itu pintu-pintu langit dan tidak dapat masuk Syurga hingga unta dapat masukke lubang jarum.

Kemudian diperintahkan: Tulislah orang itu didalam SIJJIN kemudian dilemparkan ruhnya itu begitu saja. Kemudian dikembalikan ruh itu kedalam jasad di dalam kubur, lalu didatangi oleh dua malaikat yang menundukkannya lalu menanya: Siapa tuhan kamu? Jawabnya: Aku tidak tahu. Lalu ditanya: Apa agama mu? Jawabnya: Au tidak tahu. Lalu ditanya: Apa pendapat kamu terhadap orang diutus dikalanga kamu? Jawabnya: Aku tidak tahu.

Maka dengar seruan dari langit: Dusta hambaku, hamparkan untuknya hamparan dari Neraka dan bukakan baginya pintu Neraka. Maka terasa olehnya panas hawa neraka, dan disempitkan kuburnya sehingga terhimpit dan rusak tulang rusuknya. Kemudian datang kepadanya seorang yang buruk wajahnya dan busuk baunya berkata kepadanya: Sambutlah hari yang sangat jijik bagimu, inilah saat yang telah diperingatkan oleh Allah kepadamu. Lalu ia bertanya: Siapakah kamu? Jawabnya: Aku amalanmu yang buruk. Lalu ia berkata: Ya tuhan jangan segerakan hati khiamat, ya tuhan jangan segerakan hari khiamat.

Solat menjamin syurga

solat9.jpg

Abu Qatadah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah berfirman: Hai Mohammad, Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi umat mu.Aku telah berjanji denga diri Ku barangsiapa yang telah mendirikan solatnya pada ketika masuk waktunya, maka dia akan dimasukkan kedalam syurga. Umat mu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini.”

(Abu Qatadah r.a. says, he heard Rasulullah s.a.w saying, “Allah has said: O Mohammad, I have ordained five time daily Salaat for the followers. I have made convenant with Myself that whosoever is regular in performing his salaat at its fixed hour, he shall be admitted into Paradise. Those of thy followers who does not safeguard their salaat are not included in this convenant.”)

Adalah diriwayatkan dalam sepotong hadis lagi bahawa Allah s.w.t. telah mengwajibkan sembahyang lima waktu dan barang siapa yang menjaga solatnya dengan berwudhu’ dengan sempurna dan sembahyang ketika msauk waktunya dengan ikhlas dan khusyuk, Allah s.w.t. mejamin iaitu dia akan memasukki syurga. Barang siapa yang tidak menjaga solatnya maka tidak ada jaminan baginya, dia mungkin diampun atau tidak.

Sesungguhnya solat adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya. Ia memberikan kita peluang unutk mendapatkan jaminan Allah s.w.t. memasukki syurga Nya.

Kita merasa berpuas hati dan gembira apabila sesaorang yang terhormat lagi kaya atau mempunyai kuasa pemerintah memberi jaminan kepada kita untuk mendapat sesuatu dari keperluan duniawi ini dan kita menganggapnya sebagai tugas kita supaya kekal mentaatinya.

Disini Allah s.w.t. memberikan jaminan Nya unutk kebahgiaan abadi sesudah mati kerana bersembahyang lima kali sehari semalam yang tidak mengambil masa lama mana pun. Kalau dengan ini [un kita tidak mahu menerima peluang ini maka diri kita sendirilah yang seharusnya dipersalahkan bagi menerima siksa yang akan menunggu kita.

IKHLAS – BERSIH HATI DARI SEGALA TUJUAN SELAIN DARI KERIDHOAAN ALLAH

Nabi s.a.w. telah bersabda: "Yang sangat aku takuti atas kamu adalah syirik kecil". Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah apakah syirik kecil itu." Jawab baginda: "Riya'. Pada hari pembalasan kelak Allah berkata kepada mereka; pergi lah kamu kepada orang-orang yang dahulu kamu beramal kerana mereka di dunia, lihatlah disana kalau-kalau kamu mendapat kebaikkan dari mereka."

Riya' adalah beramal untuk dilihat orang, dipuji. Abu Lais berkata: Dikatakan kepada mereka sedemikian itu kerana amal perbuatan mereka ketika didunia secara tipuan, maka dibalas demikian.

Allah membalas tipuan mereka itu dengan membatalkan semua amal perbuatan mereka itu. Kerana mereka dahulu tidak beramal untuk Allah, tiap amal yang tidak dikerjakan ikhlas untuk Allah tidak sampai kepadaNya.

Abu Lais meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda: Allah telah berfirman:

"Aku yang terkaya dari semua sekutu. Aku tidak berhajat dari segala amal yang di persekutukan kepada lain dari Ku, maka aku lepas bebas dari amal itu."

Hadis ini sebagai dalil bahawa Allah tidak menerima amal kecuali yang ikhlas melulu kepadaNya. Maka jika tidak ikhlas tidak diterima dan tidak ada pahalanya bahkan tempatnya tetap dalam neraka jahannam.

Tersebuat dalam surah al-Isyrak:

Sesiapa yang ingin kan dunia dengan amalnya, kami berikan kepadanya dari kekayaan dunia dan bagi sesiapa yang kami kehendakki kebinasaan nya, kemudian kami masukkan dia kedalam neraka jahanam sebagai seorang terhina dan terusir jauh dari rahmat Allah. Dan sesiapa yang inginkan akhirat dan berusaha dengan sungguh dan ikhlas dan disertai iman, maka usaha amal mereka itulah yang terpji.

Dari ayat ini nyatalah bahawa yang beramal kerana Allah maka akan diterima sedangkan yang beramal tidak kerana Allah taidak akan diterima dan hanya mendapat laelah dan susah semata-mata.

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda:

Ada kalanya orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga, dan ada kalanya orang yang bangun malam tidak mendapar apa-apa dari ibadatnya kecuali mengantuk, yakni tidak mendapat pahala dari amalnya.

Orang yang beramal dengan Riya' dan Sumaah itu bagaikan seorang yang keluar kepasar dengan mengisi dompetnya dengan batu, semua orang berasa kagum dan berkata: alangkah penuhnya dompet wang orang itu. Tetapi sama sekali tidak berguna bagi orang itu kerana tidak dapat dibelanjakan wang itu, hanya semata-mata mendapat pujian orang. Demikina jugalah orang yang beramal denga Riya' dan Sumaah tidak tidak ada pahalanya di akhirat sebagaimana firman Allah dalam surah al-Furqan ayat 23:

Dan kami periksa semua amal perbuatan mereka lalu kami jadikan debu yang berhamburan.

Seorang datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: "Ya Rasulullah aku bersedekah dengan mengharap keridhoaan dari Allah dan ingin juga disebut kebaikkan aku", maka turunlah ayat 111 surah al-Kahfi:

Maka sesiapa yang berharap akan bertemu tuhannya, maka hendaklah berbuat amal yang baik dan janganlah mempersekutukan Allah dalam semua ibadatnya.

Sesiapa yang takut tetapi tidak berhati-hati maka tidak berguna takut itu. Seperti berkata: Aku takut siksa Allah tetapi tidak hati-hati dari dosa, maka tidak berguna takutnya itu.

Sesiapa yang berharap tetapi tidak beramal maka sia-sia harapnya itu. Sesiapa yang niat tapi tidak dilaksanakan, tiak berguna niatnya itu. Sesiapa yang berdoa tanpa usaha, maka sia-sia doanya itu. Sesiapa yang ishtigfar tanpa menyesal, maka tidak berguna ish tigfarnya itu. Sesiapa yang beramal tanpa ikhlas makan sia-sia amalnya itu.

Akan keluar pada akhir zaman satu kaum yangmencari agama dengan menjual agama, memakai pakaian bulu, lidah mereka lebih manis dari madu, sedangkan hati mereka bagaikan serigala.

Abdullah alMubarak meriwayatkan dari AbuBakar bin Maryam dari Dhomirah dari Abi Habib; Rasulullah s.a.w bersabda:

Ada kalanya malaikat membawa amal seorang hamba dan mereka anggap banyak dan mereka menyanjungnya sehingga sampai ke hazrat Allah, lalu Allah berfirman kepada mereka: Kamu hanya mencatat amal hamba Ku sedangkan Aku mengawasi isi dan niat hatinya, hamba Ku ini tidak ikhlas kepada Ku dalam amalnya maka campakkanlah ia kedalam sijjin.
Dan ada kalanya membawa naik amal hamba yang meraka anggap sedikit dan kecil sehingga sampai kepada Allah, maka Allah berfirman kepada Malaikat: Kamu hanya mencatat amal hamba Ku sedangkan Aku mengawasi isi dan niat hatinya, orang iniamat khlas dalam amal perbuatannya kepada Ku, catatlah amalnya dalam illiyin.

Amal yang sedikit tapi Ikhlas lebih baik dari amal yang banyak tapi tidak ikhlas.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila hari Khiamat maka Allah akan menghukum diantara para makhluk dan semua umat bertekuk lutut.
Yang pertama akan dipanggil ialah orang yang pandai alQur'an, orang yang mati fisabilillah dan orang kaya.

Maka Allah bertanya kepada orang yang pandai alQur'an: Tidak kah Aku telah mengajarkan kepada mu atas apa yang Aku turunkan kepada utusanku.
Jawab orang itu: Benar Tuhan ku.
Firman Allah: Lalu apakah yang telah kamu lakukan atas apa yang kamu ketahui itu.
Jawabnya: Aku telah mempelajarinya di waktu malam dan mengamalkannya di waktu siang.
Firman Allah: Dusta kau.
Malaikat juga berkata: Dusta kau, sebenarnya engkau hanya ingin di gelar qari dan ahli dalam alQur'an, dan sudah disebut sedemikian itu.

Lalu dipanggil orang kaya dan ditanya: Apa yang engkau telah perbuatkan terhadap harta yang telah Aku kurniakan itu?
Jawabnya: Aku telah mengunakannya untuk membantu sanak saudara dan bersedekah.
Firman Allah: Dusta kau
Para Malaikat juga berkata: Dusta kau, kau berbuat begitu hanya ingin disebut sebagai dermawan, dan sudah terkenal demikina itu.

Lalu dihadapkan orang yang mati syahid berjihad fisabilillah, ditanya: Kenapa kamu terbunuh?
Jawabnya: Aku telah berperang untuk menegakkan agama Mu sehingga aku terbunuh.
Allah berfirman: Dusta engkau.
Malaikat juga berkata: Dusta engkau, engkau hanya ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan sudah disebut demikian itu.

Kemudian Nabi s.a.w memukul paha ku sambil bersabda: HaiAbu Hurairah, ketiga-tiga orang itu lah yang pertama di bakar didalam api neraka pada hari khiamat.

Orang yang ikhlas adalah orang yang menyembunyikan amal kebaikkannya sebagaimana menyembunyikan kejahatannya. Puncak IKHLAS adalah tidak ingin kepada pujian orang.

Zunnun alMishri ketika ditanya: Bilakah orang diketahui bahawa ia masuk dalam pilihan Allah? Jawabnya: Jika telah meninggalkan isytirehat, dapat memberi apa yang ada, tidak inginkan kedudukkan dan didak mengharapkan pujian dan cacian orang (yakni dipuji tidak merasa bangga dan dicela tidak merasa gundah).

« Older entries Newer entries »