Kalimah Toyyibah – berat dalam timbangan

H17B2-Zikir

Di riwayatkan daripada Hazrat Laith r.a. katanya Hazrat Isa bin Maryam a.s. bersabda,”Umat Mohammad s.a.w adalah manusia yang paling berat (amalannya) dalam timbangan (pada hari khiamat, kerana) lidah-lidah mereka telah biasa dengan satu kalimah yang berat pada lidah orang-orang sebelum mereka, iaitu kalimah La ila ha illallah.

Suatu perkara yang jelas adalah bahawa sebagaimana kalimah Toyyibah disebut begitu banyak sekali dan dibaca dengan kuat oleh umat Mohammad s.a.w. sebenarnya tidak pernah disebutkan sedemikina rupa oleh mana-mana umat sebelum ini. Bilangan ulama tasawuf bukan ribuan malahan jutaan dan setiap ulama mempunyai ratusan murid, mewiridkan kalimah Toyyibah beribu-ribu kali setiap hari adalah termasuk dalam amalan kebanyakkan daripada mereka.

Ditulis dalam kitab Jami’-ul-Usul bahawa zikir lafaz Allah dijadikan sebagai wirid sekurang-kurangnya lima ribu kali sehari. Sementara itu tidak ada hadith dalam bilangan yang lebih dari itu. Sedangkan ulama tasawuf mewiridkan lafaz “Allah” sekurang kurangnya sebanyak 25,000 kali pada setiap hari.

Ditulis mengenai bilangan “Lailahaillah” pula, diwiridkan sekurang kurangnya sebanyak 5,000 setiap hari. Bilangan seperti yang disebutkan ini boleh ditambah dan dikurangkan mengikut anjuran ulama tasawuf.

Syeikh Abu Yazid Qurtubi r.a. berkata, “Saya dengar bahawa sesiapa yang membaca “Lailahaillah” tujuh puluh ribu kali maka dia akan terselamat daripada api neraka. Setelah mendengar perkara tersebut maka saya telah membaca satu himpunan bacaan yakni 70,000 kali untuk isteri saya dan himpunan bacaan unutk simpanan akhirat saya sendiri.

Seorang anak muda tinggal berhampiran kami. Dia masyhur sebagai seorang yang mempunyai kasyaf. Dikatakan syurga dan neraka juga dapat dilihatnya melalui kasyaf. Saya ragu-ragu berkenaan kebenaran berita tersebut. Satu ketika pemuda itu bersama kami dalam majlis. Dengan tak semena-mena pemuda tesebut menjerit dan nafasnya tersekat-sekat serta berkata, “Ibuku sedang dibakar didalam neraka, aku dapat melihat keadaaannya”, kata Qurtubi rah.a. “Saya melihat keadaanya yang sangat gelisah. Saya terfikir bahawa satu himpunan bacaan “Lailahaillah” perlu dihadiahkan kepada ibunya. Dengan ini saya dapat mengetahui kebenaran perkara diatas. Maka saya telah menghadiahkan untuk ibunya satu himpunan iaitu 70,000 zikit “lailahaillah” daripada simpanan saya secara diam-diam. Zikir yang saya baca itu sebenarnya tidak diketahui oleh sesiapa pun selain dapripada Allah. Lalu pemuda itu berkata, “Pak Cik, ibu ku telah dihindarkan daripada azab neraka”. Kata Qurtubu rah.a lagi, “Saya telah memperolehi dua faedah daripada peristiwa ini, pertama, terbukti bagi saya keberkatan daripada bacaan 70,000 Lailahaillah sebagaimana yang saya dengar dan kedua, saya meyakini kebenaran pemuda itu”.

Peristiwa ini hanya merupakan satu kisah, kita tidak tahu berapa banyak lagi kisah seumpama ini berlaku dikalangan individu dalam umat ini.

Solat menjamin syurga

solat9.jpg

Abu Qatadah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah berfirman: Hai Mohammad, Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi umat mu.Aku telah berjanji denga diri Ku barangsiapa yang telah mendirikan solatnya pada ketika masuk waktunya, maka dia akan dimasukkan kedalam syurga. Umat mu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini.”

(Abu Qatadah r.a. says, he heard Rasulullah s.a.w saying, “Allah has said: O Mohammad, I have ordained five time daily Salaat for the followers. I have made convenant with Myself that whosoever is regular in performing his salaat at its fixed hour, he shall be admitted into Paradise. Those of thy followers who does not safeguard their salaat are not included in this convenant.”)

Adalah diriwayatkan dalam sepotong hadis lagi bahawa Allah s.w.t. telah mengwajibkan sembahyang lima waktu dan barang siapa yang menjaga solatnya dengan berwudhu’ dengan sempurna dan sembahyang ketika msauk waktunya dengan ikhlas dan khusyuk, Allah s.w.t. mejamin iaitu dia akan memasukki syurga. Barang siapa yang tidak menjaga solatnya maka tidak ada jaminan baginya, dia mungkin diampun atau tidak.

Sesungguhnya solat adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya. Ia memberikan kita peluang unutk mendapatkan jaminan Allah s.w.t. memasukki syurga Nya.

Kita merasa berpuas hati dan gembira apabila sesaorang yang terhormat lagi kaya atau mempunyai kuasa pemerintah memberi jaminan kepada kita untuk mendapat sesuatu dari keperluan duniawi ini dan kita menganggapnya sebagai tugas kita supaya kekal mentaatinya.

Disini Allah s.w.t. memberikan jaminan Nya unutk kebahgiaan abadi sesudah mati kerana bersembahyang lima kali sehari semalam yang tidak mengambil masa lama mana pun. Kalau dengan ini [un kita tidak mahu menerima peluang ini maka diri kita sendirilah yang seharusnya dipersalahkan bagi menerima siksa yang akan menunggu kita.

Benteng Laa Ilaha Illallah

Ali r.a. memberitakan bahawa bahinda Rasulullah s.a.w meriwayatkan dari malaikat Jibril, ia berkata bahawa Allah s.w.t. terlah berfirman:

Sesungguhnya Aku lah ALLAH. Tiada tuhan melainkan Aku. Barang siapa yang datang kepada Ku sambil ia bersaksi terhadap Laa Ilaha Illallah dengan serba ikhlas nescaya ia memasukki benteng ku. Dan barangsiapa yang telah memasukki benteng Ku nescaya ia akan terselamat dari azab Ku.

Hadis: Solat menghapuskan dosa

Abi MuslimAt-tighlibi r.a. meriwayatkan:
"Sekali aku pergi menemui Abu Umamah (r.a) tatkala beliau berada di dalam masjid. Daku bertanya pada beliau sekiranya beliau benar-benar mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda bahawa apabila sesaorang mengambil wudhu' dengan sempurna lalu menunaikan solat fardhunya, Allah s.w.t. mengampun segala dosanya yang telah dilakukan pada hari itu oleh kakinya yang bergerak kearah melakukan maksiat, oleh tangannya yang berbuat maksiat, oleh telinga yang mendengar berita-berita maksiat. Jawabnya, "Demi Allah, daku mendengar perkataan-perkataan ini dari Rasulullah s.a.w berkali-kali."

English Translation:

Abu Muslim narrates: "I went to see Abu Umamah r.a while he was in masjid. I ask him if he had really heard the Holly Prophet s.a.w saying "When a person performs wudhu' with right performance and then says his Farsh Salaat, Allah forgives him all the sins committed that day by his feet in going towards evil, by his hands in doing evil,by his ears in listining to evil, by his eyes in looking at evil and by his heart in thinking of evil."
He replied, "By Allah, I have heard these words from the Holy Prophet s.a.w again and again."

Hadis berkenaan zikirullah

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat r.a. berkata:
"Ya Rasulallah s.a.w hukum-hukum syariah telah banyak bagi ku, tunjukkan lah bagi ku sesuatu sebagai pegangan bagi ku".

Baginda s.a.w bersabda:
"Hendaklah lidah mu sentiasa basah dengan zikirullah."

English translation:

A Sahabi once said, "O Rasulallah (s.a.w), I know that the commandments of Shariat are many, but of these tell me the one that I may practise assiduously throughout my life".
The Prophet (s.a.w) replied, "Keep your tounge always moist (i.e busy) with the 'zikr' of Allah."


Di dalam satu Hadis ada disebut Hazrat Muaz r.a. berkata bahawa pembicaraan yang terakhir sekali yang berlaku diantara baginda s.a.w. dengan aku ialah seperti berikut:
"Semasa aku berpisah dengan Rasulallah s.a.w. dan kau bertanya amalan manakah yang amat dicintai oleh tuhan?Sebagai menjawab, baginda s.a.w. bersabda:
"Basahilah lidahmu dengan zikirullah ketika kamu tinggalkan dunia."

Didalam satu Hadis dilapurkan bahawa baginda s.a.w. ada bersabda:
"Barang siapa yang didapati padanya empat perkara, nescaya ia akan memperolehi  segala kebaikkan di dunia dan di akhirat.
Pertama, lidah yang sentiasa dibasahi dengan berzikir.
Kedua, Hati yang sentiasa sibuk dengan bersyukur.
Ketiga, Anguta-angguta tubuh yang sentiasa menahan segala penderitaan.
Keempat, isteri yang tidak mengkhianati maruahnya dan harta benda suaminya."

Abu Darda r.a. berkata bahawa orang-orang yang lidahnya yang sentiasa sibuk dengan zikirullah, maka mereka akan masuk syurga sambil tersenyum.

Hadis Qudsi – Kelebihan Zikir

Abu Hurairah r.a. memberitahu bahawa Rasulallah s.a.w pernah bersabda, Allah s.w.t. berfirman:

"Sesungguhnya aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hamba ku, adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku. Jika dia mengingati Aku dalam hatinya, maka Aku mengingati dia di dalam hati Aku, dan jika dia mengingati aku dalam jamaah maka aku mengingati dia dalam jamaah yang lebih baik (iaitu dalam jamaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa). "

"Apabila hamba Ku mendekati Ku sejengkal, maka aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekat aku sehasta, maka aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang kepada ku berjalan, maka aku dekati dia dengan berlari."

English translation:

Hazrat Abu Hurairah (Radhiaallaho anho) narrated that Rasulullah s.a.w has said, "AlmightyAllah says, 'I treat my slave (man) according to this expectations from Me, and I am with him when he remember me. If he remembers Me in his heart, I remember him in My heart; if he remembers me in a gathering, I remembers him in a better and nobler gathering (i.e of angels). If he come closer to Me by one span, I go toward him an arm's length, and if walk toward Me, I run unto him."