Fazilat Bulan Ramadhan

Fazilat Bulan Ramadhan

Daripada Abu Hurairah r.a Rasullah s.a.w telah bersabda "Umatku telah diberikan dalam bulan Ramadhan lm aperkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka:

  1. Bau busuk dari mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
  2. Ikan-ikan dilaut akan beristigfar kepada mereka sehingga mereka berbuka.
  3. Setiap hari Allah aan menghiaskan syurgaNya dan berkata "Telah hampir masanya hamba-hamba ku yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu.
  4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat didalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa diperbuat oleh mereka pada bulan yang lain.
  5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir bulan Ramadhan.

Ditanyakan kepada Rasullah s.a.w. "Adalak ia Lailatul Qadr?"

Baginda menjawab "Tidak! Namun seorang pekerja akan diberikan ganjaranya apabila dia telah menyelesaikan kerjanya."

PENGUMUMAN

Terdapat sedikit masaalah di web ini untuk memaparkan beberapa laman. Misalnya laman Bismillah Enam tidak dapat di capai.

Masaalah ini insyaAllah akan di atasi kemudian. Sementara itu, anda boleh lawati LAMAN berikut yang juga isi mengandungi bahan yang hampir serupa:

http://kitab.junjungan.net

PUASA – syarat syarat batiniah

Puasa itu terdiri dari tiga peringkat:

  • Puasa umum
  • Puasa khusus
  • Puasa khusus dari khusus

Puasa umum iaitu mencegah perut dan kemaluan daripada memenuhi keinginnannya.

Adapun puasa khusus adalah puasa orang salih, dengan mencegah pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan anggota-anggota tubuh lainnya dari dosa. Kesempurnaannya adalah dengan enam perkara:

PERTAMA. Memicingkan mata dan mencegah dari memandang kepada yang dicela dan makruh dan kepada yang membimbangkan dan melalaikan hati dari mengingati Allah. Pandangan adalah merupakan panah yang beracun dari panah-panah Iblis yang di kutuk Allah. Barangsiapa yang meninggalkan pandangan kerana takutkan Allah nescaya dicampakkan oleh Allah keimanan dan kemanisan didalam hatinya. Lima perkara yang membatalkan puasa orang yang berpuasa adalah berdusta, mengumpat, mengadu domba, bersumpah palsu dan memandang dengan nafsu.

KEDUA. Menjaga lidah dari perkataan sia-sia, mengumpat, mengadu domba, berkata keji, kata permusuhan, kata-kata yang mengandungi riak. Lebih baik mendiamkan diri dan memenuhi waktu dengan berzikir dan membaca quran. Mengumpat dan berbohong adalah merosakkan puasa. Puasa adalah benteng, sesaorang yang berpuasa janganlah berkata keji dan perkataan jahil.

KETIGA. Mencegah pendengaran dari mendengar tiap-tiap yang makhruh. Setiap yang haram diucapkan maka haram juga lah mendengarnya. Maka berdiam diri sambil mendengar umpatan adalah haram.

KEEMPAT. Mencegah anggota tubuh yang lain dari segala dosa, tangan dan kaki dari segala yang makruh serta mencegah perut dari segala harta syubhat sewaktu berbuka. Tidak bererti puasa itu jika berbuka dengan bahan yang haram.

KELIMA. Tidak membanyakkan makanan yang halal waktu berbuka. Karung yang dibenci oleh Allah adalah perut yang penuh dengan makanan yang halal. Masakan dapat memperolehi faedah berpuasa untuk mengalahka nafsu, apabila semasa berbuka makan dengan banyak, dengan berbagai-bagai jenis makanan. Maksud dari berpuasa itu adalah mengosongkan perut untuk menghancurkan hawa nafsu, untuk menguatkan jiwa kepada bertakwa.

Malam Lailatul Qadar adalah malam yang terbuka padanya sesuatu dari alam malakut. Barang siapa yang menjadikan diantara hatinya dan dadanya tempat menampung makanan, maka terhijablah daripadanya. Barang siapa yang mengosongkan perutnya pun belum cukup unutk mengangkat hijab, sebelum cita-citanya kosong dari selain dari Allah.

KEENAM. Apabila sesudah berbuka, hatinya bergoncang antara takut dan harap kerana tidak diketahui sama ada puasanya diterima atau tidak. Sekira puasanya diterima, dia adalah sebahagian dari orang-orang muqarrabin, sekiranya tertolak maka ia adalah sebahagian orang-orang mamqutin.

Ada pun yang khusus dari khusus itu adalah puasa hati dari segala cita-cita yang hina dan segala fikiran duniawi yang mencegah selain dari Allah Azza wa jalla. Di kira batal lah puasa ini dengan berfikir selain dari Allah dan hari akhirat, dan berfikir tentang hal dunia, kecuali dunia yang dimaksudkan untuk agama.

Sesaoang yang berpuasa khusus dari khusus ini sekiranya berfikir pada siangnya apakah bahan yang akan di makan ketika berbuka nanti, nescaya itu dikira satu kesalahan padanya, kerana kurang percaya kepada rezeki yang Allah janjikan.

Inilah tingkat nabi-nabi, orang-orang sidik dan orang-orang muqarrabin, yang sentiasa menghadap hati kepada Allah Azza wa jalla.

Fazilat Kalimah Toyyibah

Hazrat ABu Hurairah r.h meriwayatkan bahawa Rasullah s.a.w. bersabda, “Sentiasalah memperbaharui iman kamu”. Para sahabat bertanya, “Bagaiman kami memperbaharui iman kami, wahai Rasullah?”. Baginda s.a.w. bersabda, “Perbanyakkan ucapan LAILAHAILLAH [Hadith riwayat imam Ahmad]

Dalam satu riwayat, baginda Rasullah s.a.w bersabda, “Iman akan lusuh seperti mana pakain menjadi lusuh. Oleh itu hendaklah kamu sentiasa memohon kepada Allah supaya Allah memperbaharui iman kamu. Maksud iman menjagi lusuh ialah dengan kemaksiatan yang dilakukan makan kekuatan iman dan nur iman akan pudar.

Oleh itu, keterangan dalam sebuah hadith bahawa apabila sesaorang hamba melakukan kemaksiatan maka lahirlah dihatinya satu tanda hitam. Sekiranya dia bertaubat dengan sebenar-benar taubat maka tanda hitam itu akan lenyap, jika tidak tanda itu akan terus kekal. Apabila dia melakukan lagi dosa yang kedua maka lahirlah tanda yang kedua dan demikianlah seterusnya sehingga hati menjadi hitam dan berkarat. Kemudian keadaan hati itu akan berubah sama sekali sehingga perkataan yang benar tidak lagi akan memberi kesan kepada hatinya.

Diterangkan dalam sebuah hadith bahawa empat perkara yang akan merosakkan hati manusia;

  • Berbahas dengan orang jahil
  • Melakukan banyak dosa
  • Banyak bergaul dengan wanita yang bukan muhram
  • Sering duduk bersama dengan orang yang mati. Baginda ditanya “Siapakah yang dimaksudkan dengan orang yang mati?” Jawab Baginda s.a.w “Setiap orang yang kaya menjadi sombong dengan hartanya.”

Amal Bergantung Kepada Niat

Abul Laith Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Zaid bin Maisarah berkata: Allah terlah berfirman: Aku tidak menerima perkataan sesaorang hakim, tetapi aku melihat tujuan dan niatnya kepada Ku, maka aku jadikan diamnya untuk berfikir dan bicaranya sebagai zikir meski pun ia tidak berkata-kata.

Aun bin Abdullah berkata: Dahulu orang-orang soleh menulis surat kepada sahabatnya tiga kalimat;

  • Siapa yang beramal untuk akhirat, maka Allah mencukupi segala urusan dunianya.
  • Dan siapa yang memperbaikki niatnya, maka Allah akan memperbaikki zahirnya.
  • Dan sesiapa yang memperbaikki hubungannya dengan Allah, maka allah akan memperbaikki hubungannya dengan sesama manusia.

Nabi s.a.w bersabda: “Niat sesaorang mukmin lebih baik dari amal perbuatannya”

Oleh sebab itu, niat itu mendapat pahala tanpa amal, sedangkan amal tanpa niat tidak ada pahalanya.

Nabi s.a.w bersabda: ” Seorang hamba dihadapkan pada hari khiamat membawa hasanah sebesar bukit, lalu ada seruan; Siapa yang pernah di iniaya oleh Fulan boleh datang untuk dibayar. Maka datanglah beberapa orang lalu mengambil bahagiannya sehingga tiada tinggal satu pun dari hasanah yang banyak itu, sehingga hamba itu menjadi bingung, lalu tuhan berkata kepadanya: Untuk mu ada simpanan pada Ku yang tidak Aku perlihatkan kepada malaikat atau seorang pun dari makhluk Ku, lalu ia bertanya: Apakah itu. Jawab tuhan: Ia itu NIAT mu, yang kau selalu niat akan berbuat kebaikkan, Aku tulis untuk mu berlipat ganda, tujuh puluh lipat ganda.”
Seorang ‘abid Bani Israel, ketika berjalan melihat anak bukit, lalu ia ingin, andaikan bukit itu menjadi tepung, maka akan diberinya makan kepada Bani Israel yang sedang menderita kelaparan. Maka Allah menurunkan wahyu kepada Nabi ketika itu: Katakanlah kepada ‘abid itu bahawa Allah berfirman; Telah Aku tetapkan bagimu pahala sekiranya bukit itu menjadi tepung dah kamu sedekahkanya.

Juga ada riwayat:

Akan dihadapkan pada hari kiamat seorang hamba, lalu ia meihat dalam suratan amalnya ada haji, umrah, jihad, zakat dan sedekah, maka ia berkata dalam hatinya; dari mana semua itu padahal aku tidak berbuat semua itu, mungkin ini bukan suratan amalku. Maka Allah berfirman; Bacalah itu suratan mu, semasa hidupmu dulu sering berkata, andainya aku mempunya harta nescaya aku jihad. Aku mengetahui akan niatmu itu, maka Aku beri pada mu pahala semua itu.

Abu Hurairah r.a. berkata; Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa mu, dahn tidak melihat harta mu, dan tidak melihat keadaan mu, tetapi melihat amal dan hati mu.

Kelebihan Majlis Zikirulallah

Zikir 12

Hazrat Abu Darda r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulallah s.a.w bersabda:

Allah s.a.w akan membangkitkan pada hari kiamat setengah-setengah kaum yang mukanya cemerlang, menyilaukan mata. Mereka berada di membar-membar mutiara. Orang ramai akan mencemburui dan iri hati dengan mereka sedangkan mereka itu bukan Nabi dan bukan pula Syahid. Maka seorang berkata: “Ya Rasulallah s.a.w terangkanlah kepada kami tanda-tanda mereka supaya dapat kami mengenali mereka itu” Sebagai menjawab Rasulallah s.a.w bersabda: “Mereka itu adalah orang-orang yang berasal dari keluarga dan kampong yang berlainan yang datang berkumpul di suatu tempat lalu mencintai Allah dengan berzikir kepada Nya.

Dalam Hadis yang lain ada disebutkan bahawa adalah kamar-kamar yang teristimewa sekali di dalam syurga yang di bina dengan mutiara yang tiang-tiang nya dari batu Zabarjad (Zamrud). Pintu-pintunya terbuka di setiap penjuru. Kamar ini bergemerlapan, menyilau mata seperti bintang yang bersinar terang benderang, yang ditempatkan didalam kamar-kamar ini ialah orang-orang yang berkasih sayang antara satu dengan lain kerana Allah, yang berkumpul disuatu tempat kerana Allah dan yang bertemu antara suatu dengan yang lain kerana Allah jua.

Dewasa ini terdapat berbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap orang yang menghaziri majlis zikir dan mencebir-cebirkan mereka yang sentiasa menyebut nama Allah. Pada hari akhirat nanti hakikat sebenar akan nyata apabila nanti golongan manakah yang berada di kamar mutiara, dalam mahligai permata dan kerugian pada golongan manakah yang selalu mencebir-cebir dan menuduh.

Dalam sebuah Hadis ada diberitakan bahawa jika sesaorang menyebut nama Allah (zikirrulallah) di sesuatu tempat maka tempat itu akan bercahaya terang benderang menyilaukan mata penghuni-penghuni langit seperti bitang yang bersinar cemerlang menyilaukan mata penduduk bumi.

Didalam Hadis yang lain ada disebutkan bahawa, sakinah yang khas diturunkan kepada majlis zikir dan ahli-ahli zikir dan dilingkungi oleh para malaikat, diliputi oleh rahmat Allah dan Allah s.a.w. menyebutnya diatas Arash.

Seorang sahabat yang bernama Razin r.a. memberitakan bahawa baginda Rasulallah s.a.w. bersabda:

“Aku khabarkan kepada kamu akan sumber kekuatan agama yang akan membahagiakan kamu didunia dan diakhirat, iaitu majlis-majlis zikir. Maka hendaklah kamu menghazirinya dan apabila kamu seorang diri hendaklah kamu berzikir sebanyak yang kamu dapat”

Hazrat Abu Hurairah r.a. berkata:

“Jika nama Allah disebutkan di sesabuah rumah maka cahaya rumah yang terang benderang itu menyilaukan pandangan penghuni-penghuni langit seperti bintang yang cahayanya menyilaukan penglihatan penduduk-penduduk bumi.”

Fazilat dan kelebihan zikir ini telah pun diterangkan didalam beberapa Hadis dengan berbagai-bagai uslub. Didalam sebuah Hadis ada diterangkan bahawa seafdhal-afdhal ribat ialah sembahyang dan majlis-majlis zikir. Erti ribat adalah menjaga sempadan sebuah negara Islam agar orang-orang kafir tidak dapat menyerang melalui sempadan itu.

 

zikr.jpg

Hikmat Surah alFathihah

Fatihah

Laman mengandungi fazilat surah alFathihah telah di muatkan. InsyaAllahaku akan terus mengemaskini segal Fazilat Amal yang ke laman ini semoga dapat memberi manafaat kepada semua umat Islam

Sila klik pada link di sebelah kiri untuk mencapai ke laman berkenaan.

_____________________________________________________________

Hadith:

Hazrat Abdul Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda "Didalam surah alFathihah terdapat satu ubat untuk segala penyakit"

Kelebihan surah Fathihah terdapat dalam banyak hadith-hadith.

Rasulallah s.a.w juga pernah bersabda: "Aku beritahu kami satu surah yang teragung, yakni yang paling mulia di dalam alQuran; iaitu surah alHamd (surah pertama dalam alQuran)

Masyaikh telah menyatakan bahawa membaca surah Fathihah dengan penuh percaya dan yakin akan menyembuhkan segala penyakit, sama ada penyakit rihani atau jasmani, penyakit luar atau penyakit dalam. Menjadikan tulisan sebagai tangkal dan juga menjilatnya adalah berfaedadh bagi mengubat segala penyakit.

Terdapat didalam Sihah (enam buah kitab Hadith yang sahih) bahawa sahabat-sahabat Rasuallah s.a.w pernah membaca surah alFathihah dan menghembus keatas orang di ggit ular dan kala jengking, malahan keatas orang yang lumpuh dan orang yang berpenyakit otak. Rasulallah s.a.w sendiri mengakuinya.

Ada satu riwayat yang menyatakan bahawa Rasulallah s.a.w pernah membaca surah ini lalu menghembusanya ke atas Saib Ibnu Yazid dan menyapu dengan air liurnya di atas tempat yang kesakitan.

Mengikut Hadith yang lain adalah dikataka bahawa semasa kita hendak pergi tidor, apabila sesaorang itu membaca surah alFathihah dan surah Ikhlas (Qulhuallah) dan menghembuskan keatas diri nya ia akan dijauhkan dapipada segala bahaya kecuali maut. 

Newer entries »