Fazilat surah alFalaq & anNas

=====================================

Surah alFalaq an anNas turun tatkala Rasulallah (s.a.w) balik dari Hudaibiah dalam bulan Zulhijjah tahun tujuh hijriah.

Setelah selesai perang Khaibar maka datanglah ketua-ketua Yahudi bertemu seorang tukang sihir Yahudi, yang benama Labid bin Aksam, bertujuan untuk melakukan sihir keatas Rasullah (s.a.w). Dengan kerja sama dari budak Yahudi, khadam nabi, mereka telah mencuri sisir (sikat) kepala nabi serta gigi sisir.

Rupa Rasullah (s.a.w) dibuat dengan lilin, ditikam dengan sebelas bilah jarum, dan disimpul dengan sebelas simpulan.

Maka di takdirkan, Rasullah telah terkena sihir selama 40 hari. Pada suatu hari ketika nabi tidur maka datanglah dua malaikat, seorang di kepala dan seorang di kaki.

Malaikat yang di kepala: “Apa kena lelaki ini?”
Malaikat yang di kaki: “Disihir orang”
Malaikat yang di kepala: “Siapa sihir?”
Malaikat yang di kaki: “Labid bin Aksam, Yahudi”
Malaikat yang di kepala: “Dengan apa disihir?”
Malaikat yang di kaki: “Dengan sisir kepala dan gigi sisir:
Malaikat yang di kepala: “Di mana?”
Malaikat yang di kaki: “Dalam sumpit daun tamar di bawah batu dalam telaga zarwan”

Rasullah (s.a.w) kemudiannya terjaga dari tidur, menyuruh saidina Ali, Saidina Zubir dan Omar bin Yasir pergi membuka telaga zarwan, dibawa keluar sumpit yang berada dibawah batu. Di dalam sumpit tersebut terdapat sisir kepala dan gigi sisirnya dan sebelas simpul dan sebelas jarum.

Maka turunlah kedua surah ini. Apabila di baca satu ayat, maka terurailah satu simpul, sehinggalah terurai sekelian simpulannya. Maka bangunlah Rasulallah (s.a.w) seperti terungkai dari ikatan. Apabila dicabut satu jarum, terasa sakit dalam tubuh, kemudiannya hilang.

Diriwayatkan dari ‘Aisyah (r.h) bahawa Rasulallah (s.a.w) pada setiap malam apabila hendak tidur, beliau membaca surah Ikhlas, surah alFalaq dan surah anNas. Ditiupkan pada kedua tapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.

Saidina ‘Ali (r.h) menerangkan; pernah Rasulallah (s.a.w) digit kala, kemudian baginda mengambil air garam, dibacakan surah alFalaq dan anNas lalu disapukan kepada anggota yang digit kala tadi.

‘Uqbah bin ‘Amir menerangkan; ketika aku sesat jalan dalam satu perjalanan bersama dengan Rasulallah (s.a.w), baginda membaca surah alFalaq dan anNas dan aku pun disuruh oleh baginda juga untuk membacanya.

Barangsiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca surah alFalaq dan anNas sebanyak 41 kali, selama tiga hari, lina hari atau tujuh hari berturut-turut.

Sesiapa yang takut akan godaan syaitan atau manusia atau takut dalam kegelapoan malam atau takut kekejaman raja, bacalah surah alFalaq dan surah anNas sebanyak 100 kali.


Advertisements

Hikmat Surah alFathihah

Fatihah

Laman mengandungi fazilat surah alFathihah telah di muatkan. InsyaAllahaku akan terus mengemaskini segal Fazilat Amal yang ke laman ini semoga dapat memberi manafaat kepada semua umat Islam

Sila klik pada link di sebelah kiri untuk mencapai ke laman berkenaan.

_____________________________________________________________

Hadith:

Hazrat Abdul Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda "Didalam surah alFathihah terdapat satu ubat untuk segala penyakit"

Kelebihan surah Fathihah terdapat dalam banyak hadith-hadith.

Rasulallah s.a.w juga pernah bersabda: "Aku beritahu kami satu surah yang teragung, yakni yang paling mulia di dalam alQuran; iaitu surah alHamd (surah pertama dalam alQuran)

Masyaikh telah menyatakan bahawa membaca surah Fathihah dengan penuh percaya dan yakin akan menyembuhkan segala penyakit, sama ada penyakit rihani atau jasmani, penyakit luar atau penyakit dalam. Menjadikan tulisan sebagai tangkal dan juga menjilatnya adalah berfaedadh bagi mengubat segala penyakit.

Terdapat didalam Sihah (enam buah kitab Hadith yang sahih) bahawa sahabat-sahabat Rasuallah s.a.w pernah membaca surah alFathihah dan menghembus keatas orang di ggit ular dan kala jengking, malahan keatas orang yang lumpuh dan orang yang berpenyakit otak. Rasulallah s.a.w sendiri mengakuinya.

Ada satu riwayat yang menyatakan bahawa Rasulallah s.a.w pernah membaca surah ini lalu menghembusanya ke atas Saib Ibnu Yazid dan menyapu dengan air liurnya di atas tempat yang kesakitan.

Mengikut Hadith yang lain adalah dikataka bahawa semasa kita hendak pergi tidor, apabila sesaorang itu membaca surah alFathihah dan surah Ikhlas (Qulhuallah) dan menghembuskan keatas diri nya ia akan dijauhkan dapipada segala bahaya kecuali maut.