Kalimah Toyyibah – berat dalam timbangan

H17B2-Zikir

Di riwayatkan daripada Hazrat Laith r.a. katanya Hazrat Isa bin Maryam a.s. bersabda,”Umat Mohammad s.a.w adalah manusia yang paling berat (amalannya) dalam timbangan (pada hari khiamat, kerana) lidah-lidah mereka telah biasa dengan satu kalimah yang berat pada lidah orang-orang sebelum mereka, iaitu kalimah La ila ha illallah.

Suatu perkara yang jelas adalah bahawa sebagaimana kalimah Toyyibah disebut begitu banyak sekali dan dibaca dengan kuat oleh umat Mohammad s.a.w. sebenarnya tidak pernah disebutkan sedemikina rupa oleh mana-mana umat sebelum ini. Bilangan ulama tasawuf bukan ribuan malahan jutaan dan setiap ulama mempunyai ratusan murid, mewiridkan kalimah Toyyibah beribu-ribu kali setiap hari adalah termasuk dalam amalan kebanyakkan daripada mereka.

Ditulis dalam kitab Jami’-ul-Usul bahawa zikir lafaz Allah dijadikan sebagai wirid sekurang-kurangnya lima ribu kali sehari. Sementara itu tidak ada hadith dalam bilangan yang lebih dari itu. Sedangkan ulama tasawuf mewiridkan lafaz “Allah” sekurang kurangnya sebanyak 25,000 kali pada setiap hari.

Ditulis mengenai bilangan “Lailahaillah” pula, diwiridkan sekurang kurangnya sebanyak 5,000 setiap hari. Bilangan seperti yang disebutkan ini boleh ditambah dan dikurangkan mengikut anjuran ulama tasawuf.

Syeikh Abu Yazid Qurtubi r.a. berkata, “Saya dengar bahawa sesiapa yang membaca “Lailahaillah” tujuh puluh ribu kali maka dia akan terselamat daripada api neraka. Setelah mendengar perkara tersebut maka saya telah membaca satu himpunan bacaan yakni 70,000 kali untuk isteri saya dan himpunan bacaan unutk simpanan akhirat saya sendiri.

Seorang anak muda tinggal berhampiran kami. Dia masyhur sebagai seorang yang mempunyai kasyaf. Dikatakan syurga dan neraka juga dapat dilihatnya melalui kasyaf. Saya ragu-ragu berkenaan kebenaran berita tersebut. Satu ketika pemuda itu bersama kami dalam majlis. Dengan tak semena-mena pemuda tesebut menjerit dan nafasnya tersekat-sekat serta berkata, “Ibuku sedang dibakar didalam neraka, aku dapat melihat keadaaannya”, kata Qurtubi rah.a. “Saya melihat keadaanya yang sangat gelisah. Saya terfikir bahawa satu himpunan bacaan “Lailahaillah” perlu dihadiahkan kepada ibunya. Dengan ini saya dapat mengetahui kebenaran perkara diatas. Maka saya telah menghadiahkan untuk ibunya satu himpunan iaitu 70,000 zikit “lailahaillah” daripada simpanan saya secara diam-diam. Zikir yang saya baca itu sebenarnya tidak diketahui oleh sesiapa pun selain dapripada Allah. Lalu pemuda itu berkata, “Pak Cik, ibu ku telah dihindarkan daripada azab neraka”. Kata Qurtubu rah.a lagi, “Saya telah memperolehi dua faedah daripada peristiwa ini, pertama, terbukti bagi saya keberkatan daripada bacaan 70,000 Lailahaillah sebagaimana yang saya dengar dan kedua, saya meyakini kebenaran pemuda itu”.

Peristiwa ini hanya merupakan satu kisah, kita tidak tahu berapa banyak lagi kisah seumpama ini berlaku dikalangan individu dalam umat ini.

1 Comment

  1. Ahmad said,

    July 8, 2006 at 3:57 am

    Mashallah a very nice blog. keep up the good work


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: