Kelebihan Majlis Zikirulallah

Zikir 12

Hazrat Abu Darda r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulallah s.a.w bersabda:

Allah s.a.w akan membangkitkan pada hari kiamat setengah-setengah kaum yang mukanya cemerlang, menyilaukan mata. Mereka berada di membar-membar mutiara. Orang ramai akan mencemburui dan iri hati dengan mereka sedangkan mereka itu bukan Nabi dan bukan pula Syahid. Maka seorang berkata: “Ya Rasulallah s.a.w terangkanlah kepada kami tanda-tanda mereka supaya dapat kami mengenali mereka itu” Sebagai menjawab Rasulallah s.a.w bersabda: “Mereka itu adalah orang-orang yang berasal dari keluarga dan kampong yang berlainan yang datang berkumpul di suatu tempat lalu mencintai Allah dengan berzikir kepada Nya.

Dalam Hadis yang lain ada disebutkan bahawa adalah kamar-kamar yang teristimewa sekali di dalam syurga yang di bina dengan mutiara yang tiang-tiang nya dari batu Zabarjad (Zamrud). Pintu-pintunya terbuka di setiap penjuru. Kamar ini bergemerlapan, menyilau mata seperti bintang yang bersinar terang benderang, yang ditempatkan didalam kamar-kamar ini ialah orang-orang yang berkasih sayang antara satu dengan lain kerana Allah, yang berkumpul disuatu tempat kerana Allah dan yang bertemu antara suatu dengan yang lain kerana Allah jua.

Dewasa ini terdapat berbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap orang yang menghaziri majlis zikir dan mencebir-cebirkan mereka yang sentiasa menyebut nama Allah. Pada hari akhirat nanti hakikat sebenar akan nyata apabila nanti golongan manakah yang berada di kamar mutiara, dalam mahligai permata dan kerugian pada golongan manakah yang selalu mencebir-cebir dan menuduh.

Dalam sebuah Hadis ada diberitakan bahawa jika sesaorang menyebut nama Allah (zikirrulallah) di sesuatu tempat maka tempat itu akan bercahaya terang benderang menyilaukan mata penghuni-penghuni langit seperti bitang yang bersinar cemerlang menyilaukan mata penduduk bumi.

Didalam Hadis yang lain ada disebutkan bahawa, sakinah yang khas diturunkan kepada majlis zikir dan ahli-ahli zikir dan dilingkungi oleh para malaikat, diliputi oleh rahmat Allah dan Allah s.a.w. menyebutnya diatas Arash.

Seorang sahabat yang bernama Razin r.a. memberitakan bahawa baginda Rasulallah s.a.w. bersabda:

“Aku khabarkan kepada kamu akan sumber kekuatan agama yang akan membahagiakan kamu didunia dan diakhirat, iaitu majlis-majlis zikir. Maka hendaklah kamu menghazirinya dan apabila kamu seorang diri hendaklah kamu berzikir sebanyak yang kamu dapat”

Hazrat Abu Hurairah r.a. berkata:

“Jika nama Allah disebutkan di sesabuah rumah maka cahaya rumah yang terang benderang itu menyilaukan pandangan penghuni-penghuni langit seperti bintang yang cahayanya menyilaukan penglihatan penduduk-penduduk bumi.”

Fazilat dan kelebihan zikir ini telah pun diterangkan didalam beberapa Hadis dengan berbagai-bagai uslub. Didalam sebuah Hadis ada diterangkan bahawa seafdhal-afdhal ribat ialah sembahyang dan majlis-majlis zikir. Erti ribat adalah menjaga sempadan sebuah negara Islam agar orang-orang kafir tidak dapat menyerang melalui sempadan itu.

 

zikr.jpg

4 Comments

  1. talkislam said,

    April 21, 2006 at 11:56 pm

    Allahu Akbar!

    Is this Tableeghi Nesaab?

  2. yusri said,

    June 20, 2006 at 4:11 pm

    Harap dapat memasukkan hadis-hadis yang sahih sahaja agar dapat perhatian orang ramai. Seperti hadis panjang dlm SAHIH muslim, ‘Allah mempunyai para malaikat…..’.
    Boleh masukkan juga ayat al-quran:
    Dalam Al-Quran, surah Al-Kahfi, ayat 28:
    Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan megharap keridhaan-Nya; dan janganlah matamu berpaling dari mereka. . . . . .

  3. jaja said,

    January 13, 2007 at 1:15 pm

    Seorang sahabat yang bernama Razin r.a. memberitakan bahawa baginda Rasulallah s.a.w. bersabda:

    “Aku khabarkan kepada kamu akan sumber kekuatan agama yang akan membahagiakan kamu didunia dan diakhirat, iaitu majlis-majlis zikir. Maka hendaklah kamu menghazirinya dan apabila kamu seorang diri hendaklah kamu berzikir sebanyak yang kamu dapat

    hadith sahih ke?………

  4. keba dene.. said,

    January 16, 2007 at 1:31 pm

    sama2lah kita salingmengingati..atas kalimah lailahaillah..
    peace!!!
    ^_^


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: