Kaedah berikut dilakukan untuk mendinding rumah dan kawasannya juga tempat-tempat lain.
Untuk memagar rumah, mulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) dan ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggu tadi sambil mengadap ke penjuru lain yang di tuju dan baca:
- Ini tembok Nabi Sulaiman
- Dalamnya laut luarnya kota
- Kalau kamu pecah kota ini
- Kamu akan berenang dalam laut.
Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. Baca bimillah, al-Fathihah dan surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9.


Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dengan membaca ayat ini berulang-ulang. Sambil membaca, Air Yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku satu lagi tersa kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini. Kemudian berdiri diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya. Buat seperti tadi ke penjuru ketiga, kemudian seterusnya kembali ke penjuru yang mula-mula tadi.
Setelah menanam kesemua empat teras batang kayu asam jawa yang disediakan, pijaklah teras kayu asam jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di bahagian atas seluruh kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk tujuan ini, Air Yasin atau garam boleh digunakan untuk melinkungi bahagian atas rumah tadi.
Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasukki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan rasakan bagai berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang unutk menyelamatkan dari lemas.
Begitu lah kebesaran Allah. ALLAHUAKHBAR.
agnes safitri said,
January 5, 2007 at 1:42 pm
alhamdulillah, saya jadi tahu. karena saya yang berdomisili di daerah banten, pernah mengalami hal semacam santet yang entah apa ada yang ditanamkan pada bagian atap rumah dan di dalam tanah bagian depan pintu masuk rumah. Sebelum saya tahu bahwa ada yang menanamkan barang berupa apa (gak tahu) di sekitar rumah saya, yang saya alami badan saya terasa panas dan tidak enak makan serta sakit pada bagian perut dengan terdapat benjolan mengeras didalamnya, setelah saya cek ke dokter ditemukan penyakit usus buntu pada tubuh saya. Tetapi setelah meminta tolong pada seseorang yang orang tua saya anggap tahu dalam hal ini, ternyata sangat berbeda sekali dengan apa yang dikatakan dokter. Orang tersebut mengatakan bahwa saya mendapat kiriman orang sesuatu yang dimasukkan ke dalam perut saya dan telah bersarang sampai 5 bulan lamanya.
Jika saya boleh bertanya, apakah tindakan orang tua saya yang panik dengan kondisi saya waktu itu diperbolehkan dari segi agama untuk meminta tolong pada orang yang dalam hal ini tahu tentang penyakit saya ? sedangkan banyak orang menyarankan untuk dirukiyah saja? Pengalaman pada teman saya yang pernah dirukiyah karena penyakit yang serupa dengan saya belum juga sembuh sampai saat ini? Jika berkenan, sebelumnya saya ucapkan banyak terima kasih atas dibacanya comment saya berikut jawabannya ke e-mail saya. Wassalamu’alaikum wr. wb.
raden said,
February 27, 2007 at 9:56 am
Assalamualaikum wr wb…salam sejahtera di ucapkan…semoga senantiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat selalu hendaknya…amin ya rabbal alamin.
Saya ingin bertanya bolehkan anda kirimkan satu amalan wirid selepas solat yang apabila kita mengamalkannya, ianya akan membuat wajah kita bertambah seri putih dan menawan…Sekian terima kasih…
Wassalam.
ahmadhanish said,
May 1, 2007 at 9:03 pm
Assalamualaikum w.b.t. berbalik kepada ‘pagar atau pendinding rumah’ di atas saya ingin bertanya jikalau tiada kayu pokok asam jawa, apakah bahan lain yang boleh mengantikannya. waktu yang sesuai untuk melakukan kerja ini????…sekian terima kasih…
yusof nahrawi said,
May 15, 2007 at 6:33 am
Assalamualaikum w.b.t. pada pengetahuan saya, pendinding atau pagar rumah ini elok dilakukan pada waktu matahari masih kelihatan. hari dibuatnya tidak perlu dibimbangkan. tentang hal pengganti kayu pokok asam jawa pula saya tidak begitu pasti. percayalah kepada kuasa dan lindungan Allah. Masyallah. janganlah terperanjat jikalau melihat seseorang yang berniat jahat itu tidak berani memasuki pagar kamu, malahan hanya mampu memanggil kamu dari luar pagar rumah ini. Subahanallah.
diharap ini dapat sedikit sebanyak menjawab soalan yang dipostkan itu.
Wassalam.
ZUL'ILMI BIN TALIBIN said,
June 25, 2007 at 3:19 pm
Rumah saya telah dicerobohi oleh 3 orang perompak yang bersenjatakan parang. Perompak tersebut dipercayai menggunakan pukau untuk memasuki rumah saya. Bagaimana caranya saya ingin memagar rumah saya agar tidak dicerobohi lagi.
sekian terima kasih
abu zaren said,
July 16, 2007 at 6:49 pm
saya telah terkena buatan orang,boleh kirimkan amalan untuk memagar diri saya dan rumah saya?dan apakah barang lain yang dapat digantikan dengan kayu asam jawa?
Ahmad Nayan said,
July 18, 2007 at 11:19 am
Assalamu alaikum w.b
Izinkan saya bertanya,
Saya tidak mendapati teras kayu asam jawa, jadi bolehkan menggunakan
alternatif lain.?
Wassalam
waris jebat said,
August 22, 2007 at 5:03 pm
A’kum!
‘Pemagar rumah’ ini mahukan kita menanam teras kayu asam jawa. Bagaimana pula saya yg tinggal di rumah pangsa/apartment? Apa yg harus dilakukan? Tak adakah cara lain bagi melindungi rumah saya dr segala mcm sihir atau kejahatan manusia mahupun iblis?
LC GREEN said,
November 7, 2007 at 3:54 pm
alhamdulillah..
sy ingin berkongsi mklmt dgn smua mengenai medium@alat utk pagar rumah.Sy ambil ilmu ini drpd ustaz sy.Mengiku ilmu yg diperturunkan, ustz sy menyarankan agar menggunakan paku 3 inci (sbyk 7btg). ttp caranya adalah berbeza dgn bacaan diatas.ttp sy rs sama shj, niatnya adalah utk memagar rumah dr berlaku sebrg kejahatan.bacaannya adalah ayat kursi(wakaf 9).ayat kursi dibacakan keatas setiap paku2 sebyk 7kali selama 7hari berturut2.ttp sblm dilakukan,indivdu yg ingin melakukannya hendaklah mengamalkan ayat kursi ini sehingga sebati dlm dirinya(disarankan baca dan amalkan ayat kursi selama 40hari,40malam)barulah khasiatnya akan terserlah.Insyaallah..dan tanda ilmu ini berkesan@kemuncak dlm memagar rumah adalah selama 7hari yg dilakukan bacaan keatas paku2 tersebut(paku digenggam dlm tapak tgn,baca ayat kursi,setelah abis baca ayat kursi tiup keatas paku yg dlm genggaman,ulang setiap paku dilakukan sbyk 7kali) paku yg berada dlm genggaman tadi terasa seolah2 bergerak2 dlm genggaman.Slps itu,insyaallah,paku2 tersebut hendaklah ditanam di empat penjuru rumah(setiap penjuru satu,lebihnya ditanam ditgh2 penjuru) secepat mgkin..
insyaallah..
p/s : utk makluman lanjut.sila bertanya ttg ilmu ini dgn ustaz2.
nik said,
January 16, 2008 at 8:26 am
assalamualaikum…
sy ingin btny,bagaimana sekiranya sy menghuni rumah pangsapuri & mahu memagar rumah & bilik sy?apakah amalan2 yg perlu dilakukan bg mengelakkn spy pendinding tsebut tidak ‘runtuh’?utk pengetahuan tuan,rumah sy pernah di’dinding’ ttp sy khuatir ianya tlh ‘runtuh’ akibat maksiat yg pernah dilakukan oleh penghuni sblmnya.jd sy ingin mengambil inisiatif sndr dgn memagar kembali rumah tsebut ttp tidak tahu caranya.harap tuan dpt menolong sy..
Nazwan said,
March 6, 2008 at 4:56 pm
Assalamualaikum w.b.t. berbalik kepada ‘pagar atau pendinding rumah’ di atas saya ingin bertanya jikalau tiada kayu pokok asam jawa, apakah bahan lain yang boleh mengantikannya. waktu yang sesuai untuk melakukan kerja ini????…sekian terima kasih…
PakNgoh said,
May 5, 2008 at 11:59 am
Salam sejahtera kepada semua pembaca.Pada pengalaman saya melalui pengalaman sendiri dan di peruturunkan oleh kawan – kawan.Cara yang paling ampuh sekali, di atas rumah kita tu penghuninya mestilah selalu membaca Al- quran.BAca Surah Al ikhlas 7 kali pagi dan 7 kali petang / malam. Surah al- fatihah 7 kali.( pagi & petang ) dan amalkan dengan membaca bismillah 5 dan bismillah enam.Selepas baca tiup di tapak tangan dan sapu tubuh badan kita.Semasa sapu tu, niatkan dalam hati supaya di jaga oleh Allah diri kita dari segala kemudaratan.PAstu masa nak turun dari rumah, bacalah Bismillah tawakalAllah sehingga habis. Sekian.
Azri said,
May 28, 2008 at 10:35 am
Assalamualaikum..
saya ada persoalan..
Pertama… teras kayu asam jawa tuh mcm mana rupanya? Nak cari di mana?
kedua.. rumah saya semua bersimen.. jadi mcm mana ya.. ada alternatif lain?
Terima Kasih
zur said,
June 1, 2008 at 2:07 pm
cuba amalkan ayat-ayat penting,cth :
ayat yasin1-9
ayat kursi 9 wakaf( 9 tempat berhenti)
3 kul
bismillah 6 – penawar racun
alfatihah
zulcr7 said,
July 1, 2008 at 11:45 am
Assalamualaikum..
sy ingin tahu,bagaimana caranya hendak berdepan dengan orang yang mempunyai ilmu pukau dan ilmu yg berasal dari siam?? dan bagaimana cara untuk mengelak daripada terkena ilmu-ilmu tersebut??
Sulfrie said,
July 17, 2008 at 12:37 am
Caranya senang ja,ini petua.carilah ikan puyu dan belam simpan dirumah.mudah2an trjaga drp pukau org.
firdaus said,
July 18, 2008 at 3:27 pm
Assalamualaikum…
buat saudara zulcr7…
ape2 di atas dunia yang berlaku hanya lah dengan kehendak Allah semata2 malaupun ilmu2 sihir…
Kalau saudara ingin mengelakkan benda2 seperti itu cuba saudara amalkan Al fatihah, ayat kursi dan 3 Qul setiap kali selepas solat fardhu dan juga ketika hendak tidur…
insyaalah akan terpelihara diri saudara…
dan juga jangan lupa amalkan membaca isti’azah, iaitu a’uzubillahhi minasy syaithonirrojim hingga seterusnya ketika hendak masuk @ kelura dari sesuatu tempat walaupun tandas.
NOR AZAM B KASAN said,
August 1, 2008 at 3:34 pm
ASSALAMUALIKUM
BAGAIMANA NAK BUAT PADA ORG YANG SUKA TINDAS ORANG LAIN DAN SUKA MELAGA-LAGAKAN ORG, TAK NAK MEGAKU DIRI SALAH, MEGADU DOMBA DAN SUKA TUTUP PERIUK NASI ORG.
firadus said,
August 26, 2008 at 3:12 pm
Assalamualiakum
Buat Saudara Azam, pertama sekali mintalah pertolongan daripada Allah supaya memberikan si dia hidayah agar di bukakan hatinya melihat segala kesilapan yang telah dilakukan…
hanya itulah cara setelah saudara Azam brusaha untuk berdakwah kepadanya agar dia menyedari segala kelakan yang telah dia lakukan selama ini..
dknz said,
September 2, 2008 at 10:48 pm
Assalamu’alaikum
Saya dijakarta kurang tau yang dimaksud ;
- TERAS kayu asam jawa, apakah teras = potongan?
- SEBELAH KANAN rumah, apakah dilihat dari luar apa dari dalam rumah?
- apa yang dimaksud AIR YASIN?
Terimakasih sebelumnya
joe said,
September 28, 2008 at 5:33 am
UTK ABU ZAREN
Boleh ikhtiar guna tahsin ilahi sebagai benteng..pendinding
“aku berlindung dengan kalimah lailahaillallah muhammadur rasulullah”
kemudian tiupkan ke kanan..bayangkan kalimah syahadah menjadi benteng di sebelah kanan..
buat yang sama bagi arah kiri depan belakang atas bawah…
kemudian yang terakhir….baca dan telan nafas atau boleh dengan air liur..
kemudian bayangkan segala kejahatan keluar dari badan…
“wallahualam”
joe said,
October 8, 2008 at 11:07 pm
NOR AZAM B KASAN said,
August 1, 2008 at 3:34 pm
ASSALAMUALIKUM
BAGAIMANA NAK BUAT PADA ORG YANG SUKA TINDAS ORANG LAIN DAN SUKA MELAGA-LAGAKAN ORG, TAK NAK MEGAKU DIRI SALAH, MEGADU DOMBA DAN SUKA TUTUP PERIUK NASI ORG
cara plg efektif ..
panggil orang ramai-ramai lepas tu…sound ..xpun nasihat elok-elok…
mmg terbukti berkesan..aku dah byk kali pakai cara ni..
hamidi said,
December 5, 2008 at 8:47 pm
bagaimana hendak mencucuk teras kayu pada rumah teres? apakah ada alternatif lain selain kayu asam jawa?
ramlan ramli said,
January 19, 2009 at 4:40 pm
Salam…. saya ingin kongsi pengalaman saya sebagai saorang pelaut
1. Buatkan latihan nafas ” lailla ha illowloh ” …tarik.( kira 5 X ) …tahan ( 5 X ) dan lepas ( kira 5 X ) …buatkan selama tujuh hari …ini adalah untuk memperkutakan inner energi kita …total duration at least for 15 minutes
2. Duduk kan diri anda di tengah rumah ….tahan nafas dan tegang kan perut anda baca ayat kursi dan niat sebelah kanan ada dinding yang tinggi …then kiri …then …depan ….then belakang …then atas …then bawah dan akhir sekali ……dengan tahan nafas baca ayat kursi ..niat sekeliling kita .
2. Do’a kehadrat allah swt ….. mohon perlindungan untuk kita dan keluarga kita dari yang dzahir dan bathin dan maksud jahat …semata mata kerna allah swt .
3. Konsep ini boleh kita gunakan untuk kenderaan kita ..mohon allah mengalihkan pandangan orang yang niat jahat ….
Insyallah boleh dicuba …..kerana saya yakin dan alhamdulilah merantau seluruh dunia ..allah kabul….and if perlu energi …hubungi saya..wasalam
MAMAT said,
May 16, 2009 at 3:40 am
NAMPAKNYA CIK RAMLAN KITA GUNA JURUSKAN?
miTTuTz said,
June 4, 2009 at 9:51 pm
saya ingin bertanya kepada tuan yang empunya ilmu….bagaimanakah cara saya ingin untuk menanam kayu asam jawa tersebut sekiranya rumah berbentuk flat atau pangsapuri yang bertingkat-tingkat.jika kita tinggal di tingkat 2 dan keatas…maksud saya untuk memasukan kayu asam jawa ke dalam konkrit…apa cara lain untuk memagar rumah yang bertingkat-tingkat? bagi petuah sikit….
Dadul said,
June 12, 2009 at 2:58 pm
Saya mohon pedoman dan bantuan, kedah yang sama di atas (ayat kursi + yasin ayat 1 – 9) digunakan untuk pagar kebun, pagar reban Ayam atau reban kambing. Saya ada masalah kerana kadangkala monyet/anjing/khinzir menyerang ternakan dan pokok tanaman secara kecil-kecilan di belakang rumah. Mohon juga jika dapat amalan tanpa perlu menanam dan menabur garam atau kayu asam jawa untuk elakkan semua atau pagar.
MAMAT said,
June 20, 2009 at 4:49 am
assalaamualaikum…
kalau saya berniaga kedai runcit.bolehkah kaedah ini digunakan untuk memagar kedai agar tidak dicerobohi oleh penyamun2. terlalu banyak kes kecurian berlaku di kedai saya.buntu saya dibuatnya. boleh tak tuan sheikh berikan saya amalan2 yang boleh diamalkan untuk mengelakkan kecurian di dalam kedai saya.wassalam.
dodik said,
August 15, 2009 at 12:46 pm
banyak pandangan baru yang berkesan bagi saya
MD said,
September 2, 2009 at 4:18 pm
Salam Sejahtera,
Rumah saya selalu di masukki jin / sihir yang mencuri wang serta barang kemas keluarga saya…telah bermacam amalan serta cara memagar rumah..tetapi masih ada kecurian. Juga telah mendapatkan ramai paranormal atau tokang obat…masih sama aja..massalah saya jika dipraktikkan di atas..payah saya mau mendapatkan kayu tersebut dan lantai kawasan rumah merata di semen….Tkasih.
arif said,
September 28, 2009 at 12:28 pm
saya x berapa faham lah dengan ayat ligkungi kat peranggan second last tu.. camner nak buat nyew
tok aji said,
September 30, 2009 at 4:07 pm
salam…
seeloknya azan dulu dalam rumah sebelum dibuat pagar, supaya benda halus tu tak terperangkap kat dalam pagar tak leh keluar, nanti jenuh jugak penghuni rumah tu dibuatnya…
tak kira apa teknik pagarnya, atleast baca ayat kursi sekali sehari niat mantapkan pagar rumah…pagar pun kena maintain jugak…
-tok aji-
Mohd Nadzir said,
November 3, 2009 at 6:13 am
Ada tak hadis yang boleh mengkukuhkan/mensahkan lagi amalan ini? Pernahkah Rasulullah mengamalkannya? Kalau ada sila bentangkan.
Terima Kasih